Monday, June 14, 2010

"penyataan kamu rindu aku.."

aku lagi amat yang paling sangat terdesak ingin bertemu dan merindu kamu
^_^
walau kadang-kadang aku takut. takut perasaan kamu itu akan hilang bila-bila masa mengikut situasi
kau mungkin ingin menemani aku semalam
tapi bila Dia kurniakan sesuatu yang tak memerlukan aku hari ini,
perasaan itu pasti akan hilang hari ini juga.


bagi aku,
kita adalah sama untuk dibezakan. cuma sejarah, sekitar,
dan cara berfikir kita yg membezakan.
aku tewas dgn kamu mungkin kerana kamu amat perhati dan mengaku dgn semua yang berlaku.
dan sebenarnya adalah seorang yang provokatif dan defensif pada titik masa yang sama diam jika nak digaulkan.
pengecut yang hanya bercakap besar tetapi tidak lantang. tapi kamu amat teguh bagiku. kamu bertapak.
kamu diiktiraf. kamu tetap dan kamu cantik.
aku suka ber
temankan kamu sentiasa begini dan bersama kau begitu.
bercerita bersama tentang sesuatu yg paling kita suka. yang menghiburkan kita.
aku fantasikan kamu dengan kemahuanku sendiri. tiada perlu ditambah dalam kamu.
penuh di rupamu yang kosong itu. cukup. memadai.

sudah ini cerita kita,
sama-sama kesat air mata dan selongkar rahsianya.


No comments:

Post a Comment