Wednesday, June 30, 2010

jangan biar aku tiada bersama kamu

untuk 2 organ yang sentiasa sedia mndengar
suara2 sedih sesak aku
serabut cerewet aku
seksa paksa aku
senang gelak tawa aku
gedik manja aku
lawak guraw aku
terima kasih untuk semua sayang

untuk sebentuk hati yang sentiasa benar ikhlas mncintai aku
kau kelihatan benar2 satu di mata
menampakkan seluruh cantik bersih jiwa kau
pasti aku teguh
yakin aku kukuh
kau adalah bahagia aku
kau adalah semangat aku
kau adalah hidup aku

tanpa kau
tiada lah aku
pergi kau
hilang lah aku
jangan biar aku tiada bersama kamu

hati kau sungguh hitam

sedarkah
kau sudah lupa
lagak kau terlalu kecil untuk sakitkan aku
kau bukan siapa2 dan bukan apa2
untuk memandang aku begitu
untuk menilai aku
untuk menafsir aku
bukan kau yang layak
untuk setiap kebaikan
menyesal aku mengutip kau yang hina satu ketika itu
mnyenangkan kau bila hati kau tenat
jangan cari aku lagi
aku takkan datang
aku akan menjauh
lihat betapa kau mampu gagah
lihat betapa kau mampu terbang tinggi
dengan memandang aku sekeji itu
aku mahu lihat
aku benar2 mahu lihat
dan senarnya aku benar2 sakit
damn

Tuesday, June 29, 2010

busan pune pasyal~

1:Adakah anda rasa anda HOT?
kadang-kadang..haha =D


2:Upload gambar kegemaran anda

3:Cerita pasal gambar
kai kacut li kt bndum dlu..;p

4:Bila kali terakhir anda makan secret recipe
19062010

5:Lagu terakhir yang anda dengar
sweet dream-beyonce

6:Apa yang anda buat selain menyelesaikan soalan ini?
touchup report practical

7:Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
b

8:Siapakah orang no 1 pada anda?
slaen dr ibu..najwan

9:kata sesuatu mengenai orang itu
terlalu satu bg sy ;@

10: sekarang cuba teka orang itu sedang buat apa
conferm tit0 xbgun lg..kn3

11:10 jam lg apa yang anda akan lakukan
time 2 mst tngah berusaha ciapkn presentation + report..

12:doa untuk hari esok
bia bole selalu senyum+hapy
xmo gado ngn awak lg
dpt kja y besh+gaji bes0..haha
kawin??boley?heheeee =)

13:sedia untuk post
sangat..berhenti dgn pertanyaan..daaa

Monday, June 28, 2010

benci

sebati dengan jiwa

embun yang meneman aku sejak tadi malam
sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh.

takkan ku rindu.

kerna aku pasti, malam nanti akan datang semula
pada aku menjadi embun meneman lagi jiwaku yang rapuh.
(fynn mmg dewi puisi)

Friday, June 25, 2010

*** senyum***

~baca & fikir~

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

ingat :

Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang 'salah' sebelum kita bertemu dengan orang yang betul, kerana Allah mahu kita belajar tentang hikmah dan nikmat sesebuah perhubungan itu.


Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Dan kita tak perlu merasa menyesal dengan sesiapa pun yang kita jumpa. they teach us a different lesson..

Thursday, June 24, 2010

may i request.....???


Guess Women Zebra Cuff Watch
ktne nk cari die??




iPhone



sony Z



nik0n



caldina




tersangat2 mahukan sume ini..ahhhhh geramnyeee..
sape2 bole tlong sempurnakan impian sy ni??
=)